Welcome to my BLOG...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuesday, 17 February 2015

Istiqamah

Assalamualaikum muslimin dan muslimat...

Lama rasanya tak mengexercise jari dengan keyboard nih. Yelah cuti sebulan memang sebulanlah cuti dari menghadap lappy kesayangan hamba nih. Huhu. Okey, naik cuti nih guwa dah naik sem 4.
Hidup baru, perjalanan baru. Makin dewasalah katakan, Getting olders dan semakin menghampiri kematian. Kali ni guwa nak update about Istiqamah.

As we know, manusia ni tak lari dari buat salah. Lagha memang hari-hari kau buatkan? Berapa jam kau peruntukkan untuk COC? Twitter? Instagram? Facebook? Wechat? Whatsapp? Tipulah remaja sekarang tak main benda-benda nih. Bila kau dah terjebak dengan kemajuan-kemajuan nih, mesti ada ketika waktu solat kau lengahkan. Contohnya waktu Asar dah reminder kat smartphone kau tuh, tapi kau berkata pada diri kau "Kojap lai lah sey semayang. Nak update status ni haa!" Sedar tak sedar sejam kemudian baru kau habis and puas dengan merapu kau kat twitter tuh. Tu belum tentu kau terus solat, entah apa yang kau buat lepas tu kan?

So, berdasarkan kes di atas tadi, kau jangan pandang sambil lewa je tau. Manalah tau tak sampai 10 minit waktu Asar tu, nyawa kau diambil. Kalau tiba ajal kau masa tuh, kau dah dalam keadaan berwuduk, alangkah baiknya. Tanam dalam diri kau tuh lepas je masuk waktu solat, terus solat. Khusyuk pun khusyuk, Allah pun sayang. Then kau teruskanlah urusan dunia. Easy right? Lakukan selalu, InsyaAllah one day bila kau lambatkan solat kau akan rasa serba salah sangat.

Cerita yang pertama tadi tuh kiranya kau nih solat cukup 5 kali sehari but kau lengah-lengahkan solat.
Ni punca hati tak bersungguh-sungguh dalam ibadah. Cerita yang ke-2 ni pulak, kau ni jenis yang solat tapi banyak lubang-lubang. Especially waktu Subuh. Right? Semua orang tau waktu yang paling syok giler-giler tido dalam pukul 4-8pagi. Waktu nih lah kau mimpi macam-macam dengan air liur meleleh membentuk macam-macam peta kat bantal busuk kau tuh. Aku tau kau dah set alarm, tapi still tak bangun. Entah kenapa berat sangat mata kau nak bukak.

Okey, aku ada tips sikit tuk bangun Subuh ni:
1) Before tidur, baca Al-Fatihah, Tiga Qul, Ayat Kursi, Doa Tidur, Dua Kalimah Syahadah. Then,
    tepuk kat bantal kau tuh cakap kau nak bangun pukul 6.00 am tuk solat Subuh. InsyaAllah pagi tuh
    automatik kau terjaga tuk Subuh.

2) Set alarm banyak-banyak kali. Contoh: 6.00 am, 6.05 am, 6.10 a.m, 6.15 a.m, 6.20 a.m and so on.
    Make sure lebih dari tiga kali sebab aku sure korang mesti akan padam-padamkan alarm tuh. Tapi
    aku tak taulah manusia jenis apa kau nih kalau still tidur walau dah 10 kali alarm tu bunyi. Hehe.

Cerita seterusya adalah untuk muslimah sekalian. Ramai sahabat-sahabat kat luar sana, kejap pakai tudung, kejap free hair. Ikut mood katanya. Sayang, menutup aurat ni wajib. Bukan ikut fashion semata-mata. Tak salah berfashion selagi tak melanggar etika berpakaian. Okey, banyak remaja kat luar sana bila pergi kelas pakai tudung, bila kat luar free hair. Niat adik bertudung ke kelas tu dah baik, tapi lagi baik kalau kekalkan bertudung kat luar sana. Kekalkan dalam sebulan, nanti mesti ramai sahabat memuji perubahan tuh. Ada jugak yang mengeji, sungguh orang yang mengeji ni tak layak dipanggil sahabat sebab seorang sahabat akan membawa sahabatnya ke syurga bukan neraka. So, bila adik dah konsisten pakai tudung, sebulan kemudian bila adik nak bukak tudung tuh, adik akan rasa berat sangat. Seolah-olah adik tidak mengenakan pakaian. InsyaAllah, Allah permudahkan perubahan kita.

Bila kita dah istiqamah dalam ibadah wajib nih, insyaAllah ibadah-ibadah sunat pun kita akan istiqamah lakukan. Tahajud pun mudah untuk kita lakukan. Tak susah pun nak istiqamah ni kalau kita dah ada niat yang kita nak beribadah kerana Allah. Wallahualam.

*Peringatan untuk diri sendiri , sahabat-sahabat dan umat Islam semua. :)