Bermulalah kehidupanku sebagai seorang mahasiswa di sebuah universiti yang sudah tidak asing lagi di Malaysia...Pertama-tama kalinya aku melangkah kaki ke negeri orang untuk menuntut ilmu....setelah sekian lama berbakti pada negeri kelahiran sendiri, akhirnya aku melangkah pergi jua untuk meneruskan perjuangan...
Terasa agak janggal untuk memulakan kehidupan baru di tempat orang tanpa ada insan yang setelah sekian lama bersama tatkala suka dan duka iaitu bestiee guwa sendiri, Nor Akma Diana....
Minggu orientasi yang agak memenatkan hanya memakan masa selama 5 hari sahaja....dan aku merasakan bagaikan 5 bulan...:) Sepanjang orientasi dijalankan, aku sentiasa bersama rakan seperjuanganku semasa berada di kolej matrikulasi n9...lepak,makan,gelak tawa semua bersama mereka....Pada hari terakhir orientasi, aku dipindahkan di kolej delima...maka terpisahlah aku dengan member2 ku ini....sesampai je aku kat delima nih, orang pertama yang aku tegur ialah Ina....budak sebelah bilik and budak sama course ngan aku....time nihu baru la jumpa member2 sefakulti dan member2 same course....rasa riang pulak time nih....aku duduk dalam bilik sesorang sampai lar keesokan petangnya....memang sunyi la na habaq...jiran kiri kanan tak de...perut dah berkeroncong tahap apa pown aku da tak boleh na describe....apa lagi, nampak budak2 depan bilik nak mkan,aku pown pegi la menegur...akhirnya, dapat jugak join...aku kenal shifa,hawa,wernie and iefa for the first time...kitorg gelak sesama mcam dah lama kenal,especially si shifa nih...hahahha~ sampai lar skang,dia selalu teman aku gi memana untuk menjelajah shah alam nih....huhuhu...:')
Kat Kolej Delima nih hanya menempatkan 2 org sahaja sebilik...tak seperti di matrikulasi sebilik seramai 4 org...kekadang teringat jugak kemeriahan dan kebisingan budak2 aras masa kat matrik dulu....yang mana blok C2 yang paling haruk dek kebisingan roomate2 ku especially divya and akma yg gelak bagaikan petir kuatnya...Saat teringatkan korang, terasa nak mengalir air mata...hahahha~ (sayu tetibe) rindu nak maen air + tepung + budu + sabun + fungi ngan korang...dah penat maen kena basuh toilet pulak.....hihihihi....ku mengharapkan di Kolej Delima ini, situasinya akan sama seperti aku di matrik dulu....
Dari segi timetable pulak, ianya tak sepek macam kat matrik dulu2....satu hari paling banyak kelas pown hanya 3 subjek....kalau kat matrik dulu,memey tak merasa la teman...dari 8pg-5ptg....full...inilah beza matrik ngan universiti....terkadang rasa tak tahu nak buat apa bila kelas cancel or sebaliknya....mayb masih tak ada assignment...kolej guwa dengan faculty amatlah jauh...terasa bila baru lepas makan, akan terasa lapar semula setelah beberapa minit kemudian....memang makan banyak jugaklah...huhuhu...dari segi pemanggilan pengajarnya pulak ialah prof,dr, puan, encik.....tak seperti di matrik dulu yang hanya menggunakan satu istilah iaitu cikgu....mungkin kemesraan antara pensyarah dengan pelajar kurang dirasai di sesebuah universiti....kerana apa ? tatkala bertembung dengan pensyarah-pensyarah, ramai mahasiswa-mahasiswa yg hanya bagaikan bertembung dengan orang-orang...langsung tiada senyuman,langsung tiada kata salam dihulur kepada tenaga pengajar mahupun staff...tidaklah semua,hanya segelintir....mungkin ini trend anak-anak muda zaman sekarang....mmmhhhh....Anyway, guwa harap guwa akan menjadi seseorang yang berguna di sini.....
Just want to share situation bilik guwa di Kolej Delima...:D


