Welcome to my BLOG...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saturday, 18 October 2014

Harapan Setinggi Gunung

Semua orang ada harapan dan impian kan ? Aku ponnn ! Impian aku banyak. Aku suka berangan-angan. Orang tua-tua marah bila kita berangan. Cakap jangan sampai jadi angan-angan Mat Jenin. Tapi aku tak setuju dengan kenyataan tu. Bagi aku dengan angan-angan tu lah kita dapat merealisasikan ianya menjadi kenyataan. Siapa tahu, kannn ?

Bila aku duduk sesorang, mulalah aku pikir apa yang akan terjadi esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 5 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, kalau umur aku panjang lah kan. Aku akan fikir diri aku, family aku, sahabat-sahabat seangkatan aku, jiran-jiran aku, kucing jiran, ehhh ! haha.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, kenapa makin aku dewasa, makin mencabar kehidupan aku. Kalau kecik-kecik dulu, boleh dikatakan main je hidup aku. Masalah ? Tak ada kot. Bahagia sepanjang masa. Masalah bagi aku masa tu bila gaduh dengan member, Tapi tu semua kejap je. Gaduh sekarang, 15 minit sat gi da baik balik. Tadi masam muka, sat gi da ketawa mengilai. Syoknya jadi budak-budak.

Tapi apa yang terjadi sekarang ? Boleh dikatakan setiap hari ada masalah. Masalah keluarga, kewangan, buah hati, member, jiran, haiwan peliharaan, macam-macam lagilah. Nak senaraikan sampai esok tak sudah. Yang kita nampak problem kecik, tpi dibesar-besarkan oleh pihak ketiga. Haa, yang ini aku paling menyirap. Rasa nak tambah susu jadi sirap bandung, kenyang sikit. Tapi semua masalah yang berlaku ni mesti ada hikmahnya kan, sama ada kita sedar atau tak je.
So, apa yang aku buat bila hadapi masalah yang kadang-kadang kita rasa tiada kesudahan ni, aku layankan aje apa yang boleh buat orang ni puas hati. Aku berpegang pada prinsip mengalah bukan bererti kalah. Takkan dua-dua nak keras kepala kan. Bila dia dah api, kita jadi lah air. Bila dia air, kita jadilah api, Ehhh ! haha.

Yang penting dalam hidup ni, kita perlu yakin setiap kejahatan yang dilakukan pasti akan dibalas kelak, yang membezakan lambat atau cepat. So, tak kiralah kalau kita atau sesiapa pon yang buat salah pasti akan dibalas setimpal dengan apa yang kita dah buat. So jangan risau kayy.Okay, jauh dah aku merapu, Aiyoo !!



Ni antara harapan dan impian aku :
1. Nak bawak orang tua aku tunaikan Haji
2. Nak ada business sendiri, ada brand produk sendiri dgn muka aku terpampang kat produk tu. Hehe
3. Kahwin before 30 tahun
4. Nak ada suami yang boleh tahan dgn perangai aku yg kdg-kdg diam, kdg-kdg masuk air thp kronik
5. Nak ada anak minimum 4, maximum 6.
6. Nak ada rumah yang aku design sendiri. Macam dalam mimpi khayalan aku,
7. Nak pergi holiday trip dengan member2 sejati aku sejak sekolah dulu setahun 2 sekali. Overseas !!
8. Kereta nak ada 4 bijik. Satu pergi pasar,dua pergi kerja, tiga pergi holiday, empat bg org pinjam. :P
9. Nak tubuh pusat jagaan org-org tua sbb bila aku tgok dyorg, aku boley ubatkn rindu dkt arwah
    wan aku yg paling aku sayang. :)
10. Aku nak anak-anak aku nanti rasa susah macam apa yg aku rasa supaya diorang tau erti
      kehidupan sebenar and tak menghabiskan duit aku. Hehe.





Thursday, 6 February 2014

Tragedi Di Chinese New Year

Sedar tak sedar, kita dah berada di bulan Februari. Bulan di mana terdapat hari yang paling sedikit iaitu hanya 28 hari. Tetapi, setiap 4 tahun akan terdapatnya tahun lompat di mana pada bulan Februarinya terdapat 29 hari. Haa, special kan Februari nih. Huhu.

Aku nak throwback balik kisah yang berlaku masa Chinese New Year tempoh hari iaitu pada 31 Januari 2014 di mana pada penghujung bulan Januari. Masa nih hari Jumaat. Family aku pulang ke kampung yang bertempat di Air Mawang, Johol. Korang tau ? Mesti tak tau kan. Haha. Tak apa. Orang Noghoghi pon ramai yang tak familiar dengan kampung guwa. Bila cakap Johol, Johor perginya. Itu sudah biasa. ^^

Petang Jumaat ni, lebih kurang jam 5.00 - 5.30 petang, kalau tak silap, yang penting lepas Asar lah. Tiba-tiba guwa nampak asap berkepul-kepul. Ku pikirkan orang kampung bakar sampah. Ya lah, kampungkan, biasalah asap-asap nih. Tapi asap dia lain macam. Hitam legam. Guwa pon da rasa pelik, Kebetulan, masa tuh guwa nak gi pasar malam yang berdekatan dengan deretan kedai yang terbakar tuh. Punyalah lengang pasar malam masa tuh. Guwa pon pelik. Then, ternampak pulak Bomba, Jpam, Ambulans. Guwa pon terus la maju ke depan. MashaAllah, rupanya habis sederet kedai terbakar. Hanya beberapa kedai yang terselamat.

Penuh gila kot Air Mawang masa tuh. Mana taknya, boleh dikatakan  Air Mawang ni lebih maju dari Pekan Johol. Tempat orang lepak-melepak. Majoriti peniaga di sini berbangsa Cina dan Melayu. Mestilah sedihkan, bila seronok beraya dapat pulak berita yang menyedihkan. Dikhabarkan sebanyak 18 buah kedai yang terlibat. Ramai yang terkesima kerana tak dapat membantu memadam kebakaran.Mana tak terkedu, bangunan yang sekian lama dibina, sebelum penjajahan Jepun lagi tau, dalam masa beberapa minit, musnah dijilat api. Kuasa Allah kan. Jika Dia kata jadi, maka jadi lah. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya yang berlaku. Bersabarlah. Reda atas segala-galanya.

Guwa nak share gambar kejadian daripada rakan-rakan wechat :